Search This Blog

Tuesday, December 6, 2016

Anak ku Berkhatan

Tanggal 30hb November 2016, anak ku Farish selamat memasuki satu fasa kehidupan yang baru. Anak ku dah masuk jawi... dah berkhatan... dah sunat. Dah big boy!

Moment ini adalah salah satu dari lipatan sejarah kehidupan aku dan keluarga. Seawal jam 7.00am kami sekeluarga dah bergerak ke SDMC. Kalau ikut jadual asal, Farish adalah 'peserta' nombor 3 dan dijangkakan akan dikhatan kan pada jam 9.30am. Tapi bila dah masuk kat Day Care Wad tu, nurse tu cakap, dua peserta dah tarik diri. Pulakkk....

So Farish la peserta pertama pagi tu (ada lagi dua orang chinese boys selepas Farish). Jam 10.00am baru la Farish ditolak masuk ke OT. Yup, dia guna GA (it was our choice). Sementara dia masuk dalam untuk procedure, aku dan wife turun ke cafe untuk breakfast. Makan laju-laju... bak kata omputih, "eat first, taste later." Bila kami naik semual ke Day Care Wad tu, terus nurse tu panggil aku... "Encik Hazrul, Farish dah selesai".

Aikkk... cepatnya. Baru 15 minit (sebenarnya memang aku tau pun procedure tu tak lama). So aku dapat la masuk dan jumpa Farish. Dia masih lagi mamai-mamai kesan dari bius tadi. Rasanya dalam 2 jam jugak lah Farish kena berehat kat situ.

So dipendekkan cerita lagi, Allah S.W.T. telah permudahkan segalanya. Farish berehat kat rumah dengan dibantu oleh seluruh keluarga ku. My mom and dad, my wife who took care of him intensively dan my little lovely daughter yang jugak menjaga abang Farish dia tu.

Waktu aku menulis ni, Farish dah 6 hari melalui alam dewasa. Pagi tadi my wife call, Farish dah start pakai seluar, but not underwear. Alhamdulillah... syukur atas nikmat yang Kau berikan kepada kami.

No comments:

Post a Comment