Search This Blog

Tuesday, February 23, 2010

Riadah Sesedara...


Aku nak ajak sesedara aku pegi piknik kat sungai ka, tepi pantai ka. Buat setahun sekali pun jadilah. Bab-bab nak buat event cam ni, aku leh organise. Tapi kena le jugak yang membantu. Dan yang paling perlu ialah persetujuan ramai. Jangan kang, plan dah baik, alah2 tak menjadi lak. Therefore, perancangan kena awal dan praktikal untuk dilakukan.

Aku percaya, dengan aktiviti cam ni, bukan sahaja hubungan kekeluargaan dapat dieratkan, tapi dapat mengajar anak-anak kita tentang alam sekitar. Mandi2 jugak, tapi kita boleh ajar mereka tentang kebersihan, sifat tolong menolong, pemeliharaan alam dan sebagainya. Pendek kata, banyak aktiviti sampingan leh dilakukan jugak.

Insya Allah, hujung tahun ni atau awal tahun 2011 nanti, aku nak plan buat piknik kat mana2. Mintak2 dapat kerjasama dari semua lerr....

Thursday, February 18, 2010

Crank Buat Hal...



Selepas ride basikal GT Outpost aku ni selama sebulan, dan bukannya masuk trail yang hardcore mana pun, aku dah dengar nada yang tak berapa best dari crank Suntour XCC aku ni. Kreekk.... kreekkk... Ah! Sudah.... Tapi bila aku check kat web, memang masalah crank standard GT Outpost ni akan mendatangkan masalah dalam jangka masa pendek. Ramai yang dah upgrade ke crank yang lebih elok. Dan Insya Allah... aku pun nak upgrade gak... Kalau kena gaya, aku nak pasang Shimano Diore...

Wednesday, February 10, 2010

Gadget Baru




Dah lama aku idamkan nak beli menda ni. Senang nak kayuh nanti, leh tau berapa juta km dah aku pegi, berapa speed yg dah aku bawak... semua tu lah! Harga berbaloi-baloi... tak le mahal sangat. Aku beli kat kedai Merida, Kota Damansara.

Dan crank aku mula berbunyik-bunyik dah... Haduiii.... Kena sabau banyak-banyak ni...