Search This Blog

Wednesday, November 9, 2011

Mari Berbekam

Setiap perkara yang pertama kali dilakukan, pastinya mengundang rasa teruja, takut dan segan silu pada diri kita. Sama juga dengan diriku yang sekarang ini sedang berasa sedikit takut dan teruja kerana akan pertama kalinya pergi berbekam.

Setelah mencari di laman2 web, rupa-rupanya ada pusat rawatan bekam yang terletak hanya 5km aje dr rumah aku. La... dekatnya! Aku memang nak sangat berbekam ni untuk menyembuhkan, dengan izin Allah, akan penyakit gout yang sudah masuk dathun kedua aku alami ini. Sakitnya bukan kepalang. Orang yang ada penyakit gout ni, tentu tahu betapa sakitnya ketika gout menyerang. Ketika aku menulis blog ini, dah masuk hari ke-5 sakit gout aku menyerang. Pergi jumpa doktor sudah, makan ubat sudah, jaga makan juga sudah. Tapi masih terasa sakitnya, walaupun tak teruk macam hari pertama.

Kalau ikutkan rawatan bekam tu nanti, dia akan letakkan cup tu kat buku lali aku untuk keluarkan darah kotor yang ada. Rawatan selama 3 kali diperlukan; sekali setiap minggu. Kosnya mungkin mencecah RM150.00. Aku cuma mampu berdoa agar penyakit aku ni boleh sembuh dan dapat aku kembali aktif dengan rutin harian ku.

Alang-alang pusat rawatan bekam ni dah dekat, nanti aku nak juga buat rawatan untuk buang angin pula. Ya, aku kerap mengalami masalah kembung perut. Agaknya toksik banyak sangat dalam badan ni. Tu yang badan pun rasa tak sedap je tu. Aku ingin kembali aktif bersukan, keluar peluh dan rasa sihat. Tapi rutin hidupku kini dah tak terurus sangat. Awal pagi pergi kerja, lewat petang baru balik. Kat rumah, hanya 4 jam aku luangkan masa dengan anak-anak dan isteri, sebelum kami masuk tidur. Itu lah rutin ku sepanjang minggu kecuali hari sabtu dan ahad.

Aku teringin nak main futsal. Aku teringin nak pergi memancing. Aku pun teringin nak buat perkara yang aku minat sebagai hobi. Tapi aku tahu, anak2 aku masih kecil dan mereka lebih memerlukan aku untuk menjaga mereka. So ini tidak boleh dijadikan alasan atau penyekat. Isteri ku pula ada jugak yang menyuruh aku buat sahaja apa yang aku nak buat, macam pergi memancing. Tapi bila aku terfikir tentang anak2, tentang bagaimana nanti sukar isteriku nak jaga mereka di rumah, aku menukar fikiran. Aku tak jadi pergi ke mana2.

Aku juga kerap mengantuk dan sukar nak fokus. Hmmm... mungkin semua ni disebabkan keadaan diriku yang tak berapa 'sihat'. So inilah cara untuk aku kembalikan kesihatan diri. Aku nak berbekam dan amalkannya sebulan sekali atau dua. Lagipun berbekam ni memang digalakkan di dalam Islam.

So nanti aku bagi report pasal bekam ku yang pertama ya. Kalau sempat, aku nak ambil gambar time aku berbekam tu. Aku nak tengok sendiri, darah2 kotor yang dikeluarkan itu.

Wish me luck!

Wednesday, September 7, 2011

NERF Anyone?


Rasanya dah 3 tahun aku terjumpa 'toys' ni kat Toysrus. Memang dari dulu pun ada terasa nak beli. Tapi bila fikir-fikir balik, nak main dengan siapa, aku terus 'kuburkan' dulu niat nak beli Nerf gun ni. Lagipun time tu anak aku masih kecik lagi.

Tapi seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2011 lalu, keinginan aku untuk main Nerf ni datang balik. Entah macam mana, aku bagi info pasal Nerf ni kat anak lelaki aku, Farish Hizam Isqandar. Kebetulan pula dia memang tengah minat nak main 'gun fight'. Hmmm.. dari dia main 'tembak2' guna pistol yang pakai bateri tu, baik juga kami main Nerf ni. Di pendekkan cerita, kami berkunjuk ke Mid Valley pada hari raya ke-5. Dan aku telah membeli Nerf War Set dengan harga RM90.90! Aku tambah lagi extra dart yang berharga RM20.00+. So dengan rasminya aku dan anak aku dah ada Nerf gun kami yang pertama iaitu Strikegun.

Kat rumah mertua di Dengkil, aku dan anak aku layan Nerf ni. Kami main kat dalam rumah dan luar rumah. Abis sofa dengan meja jadi 'war area'. Sebelah malamnya, kami tembak cicak pulak. Hehehe... bukan senang nak kena wooo! Walaupun anak aku tu cam tak berapa sihat (sakit perut), tapi aku tetap ajak dia main untuk dia lupakan sakit dia tu.

Selepas belek2 web pasal Nerf ni, aku rasa dah tiba masanya aku tambahkan lagi Nerf gun yang ada. Kat Malaysia pun ada Nerf Community especially kat dalam Facebook. Aku dapat info terbaru pasal Nerf game ni. Target aku, satu hari nanti aku nak bawa anak aku masuk tournament Nerf ni. Its a good outdoor activity with the family. Aku enjoy bila tengok anak2 aku pun happy bila time main ngan papa and mama dia.

Nerf ni mahal? Cam budak2? Tak mencabar? Well... aku rasa kalau ada yang berfikiran begitu, apa kata anda beli satu Nerf gun dulu. Pastu kita leh buat Nerf war sesama. Lets feel the nerf! Nerf gun ni pun, kalau kita creative, kita leh mod. Dashyat wooo!

So lets Nerf!!!

Thursday, March 24, 2011

Dunia Remote Control


Hobi main remote control (RC) ni sebenarnya dah lama bertapak dalam diri aku. Rasanya RC pertama aku ialah RC kereta yang dibelikan oleh ayahanda aku waktu aku berumur 6 tahun. Hobi ni aku sambung balik selepas aku tamat sekolah dan habis belajar kat universiti. Aku beli satu RC kereta berharga RM800, RC Crawler berharga RM800++, RC Glider dan beberapa RC mini yang lain.

Bagi aku, ini adalah hobi yang mahal kalau kita nak involved dengan RC yang hebat-hebat. Tapi kalau kita bijak mencari, kita akan jumpa RC yang boleh dimainkan dengan kos yang minimum. Aku pun baru je beli heli Art Tech MD 500, tapi selepas insiden 'hard landing', heli tu kini berada dalam 'Airod' untuk kerja baik pulih. Nasib baik aku masih ada heli Double Horse 9100 dan X-Twin (RC toy). Setiap kali ada peluang, aku akan fly heli ngan plane RC ni.

Seronok jugak tengok anak aku Farish berlari-lari ketika mengejar plane aku yang jatuh. Wife aku pun involved sama, dia jadi cameraman untuk merakamkan 'penerbangan' aku.

Kini aku rasa, aku nak involved more on this hobi. Seronok... Mungkin sebab aku juga berminat dalam dunia penerbangan (cita2 tak kesampaian). Tapi buat masa ini, aku nak cari RC Silverlit Product - RC Plane yang hanya gunakan 2-3ch sahaja. Aku rasa, layan RC Mini ni lagi seronok... kos pun kurang. Tpi apa pun, aku akan beli gak heli or plane RC yang besar2 suatu hari nanti. Insya Allah...

Monday, January 31, 2011

Lunch @ Zam Zam Restaurant



Pada 29hb Januari 2011, bersempena dengan umur Ayra yang menganjak 7 bulan, dan setelah planning dibuat selama 2 minggu, kami sekeluarga pergi lunch kat Restauran Zam Zam (Arabic Food) kat Seksyen 9 Shah Alam. Sampai aje kat situ, hujan mula turun dengan lebatnya. Hmmm... bila dah hujan, sure perut pun menjadi lapar. Pada hari tu, ramai jugak orang kat restauran ni. Tingkat atasnya penuh sebab ada orang buat majlis makan kenduri kahwin. First yang aku tengok kat sini, betapa kelam kabutnya para waiter dok melayan pelanggan. Sama la macam bloggers lain komen bila dorang pergi makan kat restauran ni.


Setelah hampir 5 minit dok belek2 menu, kami pun order makanan. Ayahanda bonda order Lamb Mandy, Chincken Mandy, green olive, beef sambussa(popia rupanya) ngan air tea with mint ngan strawberry. Aku lak amik Lamb Madghut ngan air Babrican. My wife order Kabsa Rice with Shish Tawook ngan air manggo milk. Farish lak biasa la... sure order Fried Fish Fillet. Oh ya, aku ngan wife ada amik side order... Falafel Sandwich ngan Hummus. Now we wait. Tengah menunggu tu, Ayra pun bangun dari tidor. So my wife bagi Ayra makan bubur dulu la. Cam tu la selalunya... kami akan bergilir menjadi puteri tersayang ni. Farish lak... hehe... he is a good boy. Dia dah boleh makan sendiri. So bila makanan sampai, sambil borak2, Farish ngan makan fish fillet dia.



Makanan sampai tak le lama sangat. Lagipun rice mandy ni mungkin dah dornag masak banyak2. So memang cepat la sampai. Ayahanda bonda makan dulu. Lepas Ayra makan, aku lak jaga dia... bawak Ayra pusing2 area situ. Wife punya order pun dah sampai, so let them have their meal first lah. Mana pulak la order aku ni? Aku sempat gak tengok owner restauran ni bising2 ngan chef dia kat dapur. Rasanya dorang dah kelam kabut sangat sampai ramai pelanggan belum dapat makanan mereka, termasuk lah aku. Bila Lamb Madghut aku sampai, aku terkujut! ALAMAK! Tinggi nya nasik kambing nih! Tapi aku control hensem jer... hehe... sure boleh abis ni.

Aku rasa makanan kat sini ok la... Tapi dorang kurang makan pedas, so selera kita yang suka pedas2 ni, tercarik-carik mana la perasa pedas. Sampaikan sambal yang ada pun tak de langsung rasa pedasnya. Aku tengok Farish suka benor makan roti keping cicak ngan Hummus. Aku pun rasanya baru first time makan menda ni, tapi memang best. Sedar tak sedar, nasik kambing aku tadi pun dah habis.... Alhamdulillah.

Kat luar masih hujan. Perut dah kenyang, so kitaorang pun nak balik dah. Bagi aku, food kat sini aku bagi 4/5; service lak 3/5; dan environment leh la 4/5. Harga amat berpatutan, tak macam harga makanan restauran arab yang lain. Aku recommend kepada sesiapa yang nak datang makan kat sini. Tapi biasa la... makanan arab ni bukan boleh layan selalu sangat. Kekadang tu ok la...