Search This Blog

Thursday, July 17, 2014

Buku Baru

Alhamdulillah, tanggal 16th July 2014, pihak Karangkraf telah memaklumkan kepada aku yang buku kedua ku berjudul 'ANDA NAK, ANDA DAPAT!'  akan dipasarkan pada hari Isnin depan, 21hb July 2014. Lama dah aku tunggu buku ni diterbitkan. Selang dua tahun selepas buku pertama aku (JADI BOS HEBAT) berada dipasaran.
Apa isi kandungan buku ni? Kalau nak tahu semuanya, kena lah beli ye. Tapi secara keseluruhannya, aku mengajak pembaca untuk menerobos minda! Katakan kepada diri kita yang segalanya berkemungkinan bleh berlaku... boleh kita dapat. Ada 4 cara, IMPIKAN, FOKUS, USAHA dan akhir sekali DOA. Kalau kita tak mengimpikan sesuatu, kita tak akan berupaya untuk dapatkan apa yang kita nak. Sebabnya? Kita tak tahu apa yang kita nak; as simple as that.
Lepas impikan sesuatu itu, kiat perlu pula fokus untuk mendapatkannya. Ini adalah bahagian planning. Kita aturkan perancangan cam mana kita nak dapatkan apa yang kita hajati tu. And then kita teruskan dengan usaha. Buat sehabis mampu sampai berjaya. Akhir sekali, jangan lupa berdoa. Minta pada Allah S.W.T. apa sahaja yang kita hajati.
Semua ni bergantung kepada pemikiran kita sendiri. Kalau kita nampak perkara tu susah, maka susahlah ia. Kalau kita nampak perkara tu mudah, walaupun hakikatnya payah, maka kita akan berusaha ke arahnya walau macam mana sekali pun.
Anda nak makan di hotel mewah?
Anda nak beli kereta idaman?
Anda nak melancong ke luar negara?
Boleh... tanamkan impian, fokus ke arah itu, berusaha dan berdoa lah...

Monday, May 26, 2014

Nasi Daun Pisang 1 Family

Sebenarnya nasi daun pisang (NDP) ni memang menjadi kesukaan aku dan wife sejak... 10 tahun dulu. Aku pun dah makan NDP ni lebih dari 15 tahun. Tapi dah lama jugak le kami tak makan NDP sama-sama. Sejak ada dua orang cahaya mata ni, rasanya memang belum pernah makan lagi NDP. So kami plan hujung minggu lepas, kami nak carik menu terbaek NDP ni... areanya kat Puchong.
Siap pakai GPS lagi, akhirnya ami sampai kat Restoren Rathaa, Puchong dalam pukul 2.00 petang. Tak le ramai orang. Belum siap duduk, waiter dah letak 3 daun pisang atas meja. Waduh! Efficient gitu! Pastu Ayra pun nak makan NDP jugak. So now ampat daun pisang atas meja ada!


Kami ambil dua ayam goreng dan satu ikan goreng. Ayra nak telur goreng. Hmm... NDP ada telur goreng ka? Pun boleh la... Seronok sebab tengok my wife and anak-anak pun suka layan NDP ni. Dalam seminit tunggu, baru lah waiter taruk sayur and nasik and kari and poppadom. My wife mintak tambah semangkok kari udang. Nalla.... memang terbaek! Jap.... macam ada yang kurang la. "Rassam mana?"


Anak-anak tak leh makan kari. So papa ngan mama je la layan kari. Bila aku tengok sekeliling, pelanggan pun dah mulai ramai. Macam-macam kaum ada... Melayu, Cina, India... majority semua makan NDP. Alhamdulillah itu lah rejeki kami tengah hari (petang) tu. Lepas ni kita cuba kat tempat lain pulak.
Rentoren Rathaa ni bersebelahan ngan Kayu Nasi Kandar. Hmmm.... terasa nak layan nasi kandaq la pulak!