Search This Blog

Sunday, January 31, 2010

Semangat Untuk Tersayang...

Pada hari Jumaat lepas, isteri ku telah selamat menjalani pembedahan membuang ovarian cyst. Pembedahan dilakukan sekitar jam 2.00 petang di SDMC. Pukul 4.00pm baru isteri dibawa keluar dari bilik bedah. Dan seperti dijangka, doctor juga telah membuang ovarinya di sebelah kiri yang sebesar 8cm. Aku dan anakku setia menunggu di sisi, walaupun Farish later on balik dgn atuk dan neneknya. Alhamdulillah... anak dalam kandungan isteriku juga kuat dan sihat. Degup jantungnya memberi semangat untuk isteri ku lebih kuat; walaupun dirinya menahan kesakitan pembedahan tu.

Now, its time to take care of her. Aku berdoa agar isteri tetap tabah dan kuat lagi untuk hari2 mendatang. Insya Allah baby kat dalam tu juga seorang yang sangat kuat semangat.

Love you so much my dear...

Tuesday, January 19, 2010

Era Baru...





Akhirnya GT Outpost menjadi milik ku. Shimano lama tu tetap akan ku kayuh, or maybe my dad yang akan kayuh. Anakku pulak, dia dah dapat hadiah harilahir ke-3 nya. Insya Allah minat dan aktiviti riadah ni akan kami teruskan...

Wednesday, January 13, 2010

Nak Kayuh Balik...



Kalau ikut sejarah aku berbasikal, semuanya bermula 30 tahun lalu bila aku start kayuh basikal kecik beroda 4. Bila dah terer sikit, baru la tayar spare tu dibuka dan aku terus berkayuh dengan BMX kaler kuning sekitar tahun 1986. Puas lenjan dengan basikal ni; siap dengan aku-aku sekali terjun longkang sama-sama dengan BMX ni. Bila naik form 1, aku mula pakai basikal yang ada basket kat depan tu. Hahaha... tak rock langsung! Tapi tu le basikal yang parents aku bagi untuk aku kayuh pegi sekolah setiap hari. Banyak jasa basikal tu...

Bila dah masuk form 5 pulak, aku beralih ke MTB pertamaku. Lupa pulak brand apa. Tapi basikal ni la yang aku kayuh untuk ke sekolah (pegi balik dalam 10km) dan main downhill (DH) kat Bukit Cherakah dulu. Aku dan geng2 dulu pun penah jelajah trail kat dalam hutan tu sampai ke Puncak Sapu Tangan kat Bukit Cherakah. Basikal ni aku jual kat jiran aku bila aku dah nak pindah from Shah Alam ke Bkt Sentosa.

Bila stay kat sini, dan bila dah mula bekerja, masa untuk aku berkayuh nampaknya tak berkesampaian. Tapi minat tetap ada. So tak sampai setahun lepas tu, aku beli my second MTB (yang kat gambar atas tu). Mula-mula beli, memang syok la kayuh sana sini. Tapi lama kelamaan, basikal tu banyak bersandar dari dikayuh. Mak aku siap buatkan basikal tu tempat letak penyapu dan gantung sampah. Ala... hai!

Dan kini... minat membara terhadap MTB kembali memuncak. Puncanya, bila aku dan isteri terfikir nak hadiahkan putera kesayanganku sebuah basikal waktu sambut birthday dia yang ke-3 tahun nanti (next February). So aku pun mula la masuk kedai2 basikal, web2 MTB, beli majalah dan bertanya rakan2. Hehehe... memang ada rakan2 yang 'meracun' aku supaya beli aje MTB baru (tahniah Syah). Dan kini aku sedang menunggu hari untuk collect basikal edisi ke-3 MTB aku hujung bulan ni, Insya Allah.

Minat dan hobi tak akan dipisahkan. Cuma berpada-pada dan tepuk tangan tanya poket ajer...