Search This Blog

Wednesday, November 9, 2011

Mari Berbekam

Setiap perkara yang pertama kali dilakukan, pastinya mengundang rasa teruja, takut dan segan silu pada diri kita. Sama juga dengan diriku yang sekarang ini sedang berasa sedikit takut dan teruja kerana akan pertama kalinya pergi berbekam.

Setelah mencari di laman2 web, rupa-rupanya ada pusat rawatan bekam yang terletak hanya 5km aje dr rumah aku. La... dekatnya! Aku memang nak sangat berbekam ni untuk menyembuhkan, dengan izin Allah, akan penyakit gout yang sudah masuk dathun kedua aku alami ini. Sakitnya bukan kepalang. Orang yang ada penyakit gout ni, tentu tahu betapa sakitnya ketika gout menyerang. Ketika aku menulis blog ini, dah masuk hari ke-5 sakit gout aku menyerang. Pergi jumpa doktor sudah, makan ubat sudah, jaga makan juga sudah. Tapi masih terasa sakitnya, walaupun tak teruk macam hari pertama.

Kalau ikutkan rawatan bekam tu nanti, dia akan letakkan cup tu kat buku lali aku untuk keluarkan darah kotor yang ada. Rawatan selama 3 kali diperlukan; sekali setiap minggu. Kosnya mungkin mencecah RM150.00. Aku cuma mampu berdoa agar penyakit aku ni boleh sembuh dan dapat aku kembali aktif dengan rutin harian ku.

Alang-alang pusat rawatan bekam ni dah dekat, nanti aku nak juga buat rawatan untuk buang angin pula. Ya, aku kerap mengalami masalah kembung perut. Agaknya toksik banyak sangat dalam badan ni. Tu yang badan pun rasa tak sedap je tu. Aku ingin kembali aktif bersukan, keluar peluh dan rasa sihat. Tapi rutin hidupku kini dah tak terurus sangat. Awal pagi pergi kerja, lewat petang baru balik. Kat rumah, hanya 4 jam aku luangkan masa dengan anak-anak dan isteri, sebelum kami masuk tidur. Itu lah rutin ku sepanjang minggu kecuali hari sabtu dan ahad.

Aku teringin nak main futsal. Aku teringin nak pergi memancing. Aku pun teringin nak buat perkara yang aku minat sebagai hobi. Tapi aku tahu, anak2 aku masih kecil dan mereka lebih memerlukan aku untuk menjaga mereka. So ini tidak boleh dijadikan alasan atau penyekat. Isteri ku pula ada jugak yang menyuruh aku buat sahaja apa yang aku nak buat, macam pergi memancing. Tapi bila aku terfikir tentang anak2, tentang bagaimana nanti sukar isteriku nak jaga mereka di rumah, aku menukar fikiran. Aku tak jadi pergi ke mana2.

Aku juga kerap mengantuk dan sukar nak fokus. Hmmm... mungkin semua ni disebabkan keadaan diriku yang tak berapa 'sihat'. So inilah cara untuk aku kembalikan kesihatan diri. Aku nak berbekam dan amalkannya sebulan sekali atau dua. Lagipun berbekam ni memang digalakkan di dalam Islam.

So nanti aku bagi report pasal bekam ku yang pertama ya. Kalau sempat, aku nak ambil gambar time aku berbekam tu. Aku nak tengok sendiri, darah2 kotor yang dikeluarkan itu.

Wish me luck!