Search This Blog

Thursday, March 24, 2011

Dunia Remote Control


Hobi main remote control (RC) ni sebenarnya dah lama bertapak dalam diri aku. Rasanya RC pertama aku ialah RC kereta yang dibelikan oleh ayahanda aku waktu aku berumur 6 tahun. Hobi ni aku sambung balik selepas aku tamat sekolah dan habis belajar kat universiti. Aku beli satu RC kereta berharga RM800, RC Crawler berharga RM800++, RC Glider dan beberapa RC mini yang lain.

Bagi aku, ini adalah hobi yang mahal kalau kita nak involved dengan RC yang hebat-hebat. Tapi kalau kita bijak mencari, kita akan jumpa RC yang boleh dimainkan dengan kos yang minimum. Aku pun baru je beli heli Art Tech MD 500, tapi selepas insiden 'hard landing', heli tu kini berada dalam 'Airod' untuk kerja baik pulih. Nasib baik aku masih ada heli Double Horse 9100 dan X-Twin (RC toy). Setiap kali ada peluang, aku akan fly heli ngan plane RC ni.

Seronok jugak tengok anak aku Farish berlari-lari ketika mengejar plane aku yang jatuh. Wife aku pun involved sama, dia jadi cameraman untuk merakamkan 'penerbangan' aku.

Kini aku rasa, aku nak involved more on this hobi. Seronok... Mungkin sebab aku juga berminat dalam dunia penerbangan (cita2 tak kesampaian). Tapi buat masa ini, aku nak cari RC Silverlit Product - RC Plane yang hanya gunakan 2-3ch sahaja. Aku rasa, layan RC Mini ni lagi seronok... kos pun kurang. Tpi apa pun, aku akan beli gak heli or plane RC yang besar2 suatu hari nanti. Insya Allah...