Search This Blog

Wednesday, September 7, 2011

NERF Anyone?


Rasanya dah 3 tahun aku terjumpa 'toys' ni kat Toysrus. Memang dari dulu pun ada terasa nak beli. Tapi bila fikir-fikir balik, nak main dengan siapa, aku terus 'kuburkan' dulu niat nak beli Nerf gun ni. Lagipun time tu anak aku masih kecik lagi.

Tapi seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2011 lalu, keinginan aku untuk main Nerf ni datang balik. Entah macam mana, aku bagi info pasal Nerf ni kat anak lelaki aku, Farish Hizam Isqandar. Kebetulan pula dia memang tengah minat nak main 'gun fight'. Hmmm.. dari dia main 'tembak2' guna pistol yang pakai bateri tu, baik juga kami main Nerf ni. Di pendekkan cerita, kami berkunjuk ke Mid Valley pada hari raya ke-5. Dan aku telah membeli Nerf War Set dengan harga RM90.90! Aku tambah lagi extra dart yang berharga RM20.00+. So dengan rasminya aku dan anak aku dah ada Nerf gun kami yang pertama iaitu Strikegun.

Kat rumah mertua di Dengkil, aku dan anak aku layan Nerf ni. Kami main kat dalam rumah dan luar rumah. Abis sofa dengan meja jadi 'war area'. Sebelah malamnya, kami tembak cicak pulak. Hehehe... bukan senang nak kena wooo! Walaupun anak aku tu cam tak berapa sihat (sakit perut), tapi aku tetap ajak dia main untuk dia lupakan sakit dia tu.

Selepas belek2 web pasal Nerf ni, aku rasa dah tiba masanya aku tambahkan lagi Nerf gun yang ada. Kat Malaysia pun ada Nerf Community especially kat dalam Facebook. Aku dapat info terbaru pasal Nerf game ni. Target aku, satu hari nanti aku nak bawa anak aku masuk tournament Nerf ni. Its a good outdoor activity with the family. Aku enjoy bila tengok anak2 aku pun happy bila time main ngan papa and mama dia.

Nerf ni mahal? Cam budak2? Tak mencabar? Well... aku rasa kalau ada yang berfikiran begitu, apa kata anda beli satu Nerf gun dulu. Pastu kita leh buat Nerf war sesama. Lets feel the nerf! Nerf gun ni pun, kalau kita creative, kita leh mod. Dashyat wooo!

So lets Nerf!!!