Search This Blog

Thursday, July 17, 2014

Buku Baru

Alhamdulillah, tanggal 16th July 2014, pihak Karangkraf telah memaklumkan kepada aku yang buku kedua ku berjudul 'ANDA NAK, ANDA DAPAT!'  akan dipasarkan pada hari Isnin depan, 21hb July 2014. Lama dah aku tunggu buku ni diterbitkan. Selang dua tahun selepas buku pertama aku (JADI BOS HEBAT) berada dipasaran.
Apa isi kandungan buku ni? Kalau nak tahu semuanya, kena lah beli ye. Tapi secara keseluruhannya, aku mengajak pembaca untuk menerobos minda! Katakan kepada diri kita yang segalanya berkemungkinan bleh berlaku... boleh kita dapat. Ada 4 cara, IMPIKAN, FOKUS, USAHA dan akhir sekali DOA. Kalau kita tak mengimpikan sesuatu, kita tak akan berupaya untuk dapatkan apa yang kita nak. Sebabnya? Kita tak tahu apa yang kita nak; as simple as that.
Lepas impikan sesuatu itu, kiat perlu pula fokus untuk mendapatkannya. Ini adalah bahagian planning. Kita aturkan perancangan cam mana kita nak dapatkan apa yang kita hajati tu. And then kita teruskan dengan usaha. Buat sehabis mampu sampai berjaya. Akhir sekali, jangan lupa berdoa. Minta pada Allah S.W.T. apa sahaja yang kita hajati.
Semua ni bergantung kepada pemikiran kita sendiri. Kalau kita nampak perkara tu susah, maka susahlah ia. Kalau kita nampak perkara tu mudah, walaupun hakikatnya payah, maka kita akan berusaha ke arahnya walau macam mana sekali pun.
Anda nak makan di hotel mewah?
Anda nak beli kereta idaman?
Anda nak melancong ke luar negara?
Boleh... tanamkan impian, fokus ke arah itu, berusaha dan berdoa lah...

No comments:

Post a Comment